Wednesday 12 August 2015

Tips Masuk UMT

Assalamualaikum and hello everyone 😊

Hello adik-adik and geng yang sama umur (matrik 2 tahun or stpm) 😄 tahniah sebab dah lega jantung berombak bagai after result upu dah keluar. Tahniah mana yang dah dapek tempat dalam u tu. Bangga mak pak. Mana yang tak dapek tu dont worry be happy ada rezeki lain. Intake kedua ke or mintak la memana. Allah itu tahu mana yang terbaik untuk semua. Jangan nangis tekup bantai. Nangih sikit-sikit ja nah. Lately ni, Hakak engko ni bulat mata tengok berderet-deret orang tulih #tipsmasuku tapi hakak engko ni macam ada semangat berkobar-kobar nak kasi tips masuk u jugak..umt hehehe tahniah ye mana yang dapek umt tu. Kita geng 👊

Dulu hakak engko ni masa dapat result upu tu tengah kerja. Waktu tu jadi part time jaga koperasi sekolah. Cek result dekat sekolah (bawak laptop tengok drama korea masa kerja) masa ni perasaannya weh debar hebat sangat takut tak dapat masuk u kan. Udahla matrik tough ramai pulak orang pandai dekat luar nun dia punya debar macam over kot. Cek dapat umt eh terus sujud syukur macam cerita ayat-ayat cinta dalam penjara. Kau nampak tak debar dia cane bila dah lega sampai tak pandang dah kiri kanan debu lantai seperti karpet !

Tips hakak engko nak bagi ni general tau kira idok le spesifik by course bagai. Kira ni tips jadi pelajar u yang baik plus biol sikit wuhuuu. Engko dah dapat umt ni engko kene ready fizikal mental. Jauh nun disana. Pantai timur. Pantai kan. Maka engko kene adapt dengan cuacanya lah. Of course la kan freshie ni dia gigih google tempat "umt" "bilik asrama umt" "tempat menarik di terengganu" dan mana yang mereka rasa curious gileh maka berduyun la keluar gambar dan maklumat tu semua. So engko google je kalau nak tengok gambo. Ke hakak engko ni je yang ada perangai ni kahkah

Umt ni ada trademark. Terokaan seluas lautan. Laut. Pantai. Hakak engko dah sebut tadi. Jadi penyelidikan dekat umt ni lebih banyak ke laut la. Bukan maksud ke laut tu tak jadi hape tau kekeke so sini sangat la panas sebab dekat laut. Panas yang haih. Hmm. Panas sangat lah. #tips1 please pakai sunblock and pakai payung hahaha payung tu all the time kene ada bawak. Nak nak engko masuk time dekat musim tengkujuh, memang hujan je lah. Kasut masa hujan pun engko tukaq pakai crocs je selipar ni pun ada je yang pakai tapi tengok lecturer ah. Kalau tak heran dorang buat donno jeh. Yang hat pakai sunblock tu sebab muka engko akan berbelang. Dua tone. Kadang tak lut jugak. Kalau nak gelap tu memang kene redha dan bertabah lah. Hakak engko ni gelap dari kecil. Maka dah bertabah lama dah cuma bila angin tak betui tu jap jap eeee belang dah mukaaaa. Tu yang pakai payung pergi kelas hahaha

Pastu kan mana yang dapat course sains ke apa ke yang engko rasa engko ada lab. Engko #tips2 bawak la lab coat sesiap. Yang matrik punya je engko rembat. Kalau takde beli ah baru dekat umt rm45-50 jugak. Pakai yang lama dah saving dekat situ. Nanti engko boleh tengok kawan baru engko matrik mana dulu. Terjadi la jejak kasih satu matrik tapi tak bersua takpun bersua tapi centu centu je lah.

#tips3 ni engko kene redha banyak. Mungkin masa engko matrik bilik luas even duduk empat orang. Ada ruang sendiri. Tapi dekat umt ni bilik engko padat. Kecil. Katil double decker. Engko kene bersyukur tau. Jangan mengomel. Ni cabaran. Macam hakak engko ni jenis tak kisah. Bilik kecil pun mampu tidur ternganga hehehe wardrobe dia kurus sangat. Engko kene pandai pilih barang mana yang wajib bawak. Masa pack tu kau rasa semua penting tapi bila dah sampai nak kemas balik naik tahun dua engko nyesal bawak barang satu lori. Mungkin dua lori. Tiga..

Ni persoalan yang hakak engko baca dekat group umt. Boleh ke tukar u? No problem. Boleh tukar. #tips4 engko kene berurusan dengan pihak u la. Masuk sama macam second intake masuk. Kene bersebab yang munasabah lah. Kesihatan contohnya. Dapat la tukar. Ni based on hakak engko punya kawan yang alami. Tapi kalau tak bersebab nak tukar dari umt ke u lain sebab umt tak femes umt kecik umt tu umt ni hakak engko rasa kiciwa la tahu kiciwa kan haaa sebab u ni semua ada kelebihan masing-masing. Engko kene masuk dan teroka. Mana yang kurang tanggungjawab kita semua untuk tambahkan. Bersyukur dapat u mana pun. Tujuan satu belajar sampai pandai.

Umt ni femes apa. Femes dengan jalan biawak. Setiap hari untuk yang freshie jalan ni la yang engko akak lalu setiap hari. Ada rezeki jumpa lah biawak tapi rezeki ni memang tak kan putus punya. #tips5 kau nampak je biawak kau buat bodo je. Memula tu kau teruja nok haremmm akhir tu engko lali sangat dah. Macam by pass je sebelah dia.

#tips6 ni tips facilities. Bank kedai makan kereta sewa blablabla (yang general) . Bank dekat umt ni cimb je. Ptptn engko pun masuk cimb so buat acc cimb. Machine keluar duit tu ada dua cimb dengan maybank. Engko kene tabah jugak sebab nak ambik duit pun kene beratur panjang. Kedai makan dekat belakang asrama berderet. Engko pilih je. Sodap tak sodap lain cite. Kereta sewa deret-deret kedai sebelah kedai makan yang bebanyak tu. Sewa pergi la jalan teroka terengganu pulak. Hakak senior engko pun ada buat servis sewa kereta nanti dorang tampal dekat board asrama engko ambik number ok.

Lepas tu boleh ke engko tukar course? Boleh. #tips7 jumpa dekan. Pointer kene 3.00 ke atas. Ada paham? Kenkadang engko pikir course tu susah tak minat dan takde peluang kerjaya. Please. Allah kan dah tetap kan rezeki untuk kita. Susah tu kan cabaran. Minat boleh tanam. Kerja boleh cari.

Apa pun tips ke pengalaman masuk u ke yang engko duduk gigih baca tu semua engko akan alami sendiri bila dah sampai harinya. Kira engko akan merasa jugak orientasi tu sampai la engko jadi senior and share pulak pengalaman engko. Selamat memasuki umt ! 👏

Thank you :)


Budak comel baca? Like nak?

Sunday 21 June 2015

Rumah Sewa UMT

Assallamualaikum and hello !🙋

Ok memula rasa macam nak lah puji diri sendiri sebab makin lama makin rajin nak jenguk blog nak menyenamkan jari menaip cerita baru tak baru hehe ok puji rajin sikit, kipidab ! Moga diri ni terus rajin nak share sesuatu guna tak guna buat semua (macam biasa even takde) kekeke. Btw, selamat menyambut puasa wahai saudara seislam ku 😊 harap ramadhan kali ni lebih bermakna k. Peace ✌

Sebenarnya aku saje nak share cerita pasal pengalaman cari rumah sewa ni. Rumah sewa untuk student macam aku ah. Ni kira pengalaman pertama sebelum ni masa sekolah pernah la cerita jemah deknon tu "cane ek duduk rumah sewa nanti?" Pastu pumpampumpam cita nak masak lah nak duduk dengan bestfriend sejati masa sekolah lah hakikatnya? Kita duduk dengan bestfriend sejati baru kenai masa dah ngaji kat u ni haaa hahaha

Pengalaman aku ceni. Aku baru tahun satu sem dua. Kira nak duduk rumah sewa tahun dua sem tiga, eh faham idok? Tapi nak dijadikan cerita aku cari masa sem dua ni lah. Awal sem dua. Kira sem dua baru je start takde tanda nak habis lagi even sampai lani (tengah final exam sekarang) aku dah gigih cari rumah sewa. Tudiaa excited kan aku kahkah aku rasa teruja macam perasaan bakal memiliki rumah sendiri yang duduk dengan laki. I mean suami k. Tapi ni version duduk dengan kawan la kan haha

At first tu aku cari dekat web portal umt je. Biasa semua u centu. Dia bagi list bebanyak owner rumah yang nak disewakan sekali number nak contact and facilities rumah tu. Kalau aku, aku nak rumah yang..

-dekat dengan umt (sonang den nak pergi sekolah) sebab discussion ke meeting group ke even kelas pun ada sampai malam. Thats why la aku nak dekat kan. Takyah naik kapai terbang pi ngaji. Over.
-bersih (sodap mato mandang eh)
-ada katil, mesin basuh, peti ais, tv, dapur (ni macam nak kata Fully Furnished lah) hahaha
-jamban duduk
-ada laman (sebab aku nak tanam bendi, cili, serai, pandan)

And tadaaaaa..!!!


Bersih kan? Ada jamban duduk kan? Peti ais mesin basuh? Yeay yeay yeayyyyyy hahahahaha tapi takde laman tak boleh tanam sayur. Sebab tanah dia macam berbatu sikit. Takde tv. Tapi tv aku nak bawak dari rumah aku nak layan drama nak layan abpbh cerekarama sinetron semua. Pastu taktau ah masa bila nak study hehehe 

Ok aku start pengalaman cari tu eh. Kemain panjang mukadimah. Sambung pasal list yang portal providekan tu, try call hampir semua memang dah ada orang. Eh tak aku rasa semua ! Waktu tu aku rasa macam payahnya nak cari rumah sambil tumbuk dada cehhh drama sangat. Tetiba idea nak cari dekat mudah pulak sebab time tu aku tengah survey kereta (bajet kaya je nak beli kereta) dekat mudah ni ha. Aku try short list kan mana yang dekat area umt ni. Try call and pergi tengok rumah. Ni pencarian usaha sama aku, roomate aku dengan bakal housemate aku. Maka bermula la perjalanan misi cari rumah. Sesambil jalan kalau nampak rumah yang ada tampal nak sewa pun kitorang laju je call. 

First rumah, dekat belakang mcd area kampung. Aku panggil rumah ni rumah pakcik petir. Sebab aku imagine kan rumah pakcik ni ada petir bila aku usha dari luar. Rumah kayu campur batu. Hat bawah batu hat tu lah nak disewakan. Kayu atas ada senior sewa dah. Ok je rumah ye. Tiga bilik katil sorang satu siap almari. Jamban satu (cangkung) bilik air besar satu (kampung kan bilik mandi besaq). Complete tapi sebab kawan aku ni la kata dia macam tak dapat bayangkan je kalau dia tidur dekat rumah tu. Kiri kanan semak. Sink ngadap pokok mangga redup je. Dia nak kata seram la. Aku memang cakap dah aku usha dari luar pun macam berpetir rumah tu tapi ok je. So kami decide cari rumah lain.

Second rumah ni jauh sikit. Area taman. Kene ada kereta. Usha luar ok nice. Cantik ! Tapi owner dia masyaAllah kereknya 😢 sebab dia tak sangka yang nak sewa tu student. Kira owner ni macam anggap student tak pandai jaga rumah. Sepah. Takut kabinet mahal dia dikutilnya. Dia just cakap kalau ada rezeki awak nak dapat rumah ni ada lah. Tapi aku nekad dah takdapat pun takpe wa rela tidur rumah pakcik petir kekeke 

Pastu next rumah ni sangat complete. Aku dengan budak lain memang suka gileh weh rumah ni. Macam masuk kau bawak badan je. Dengan baju la sekali haha jamban duduk ado jamban cangkung ado tv ado sofa ada meja makan ada lengkap sangat siap berlaman lagi. Rumah corner lot. Tapi sewanya 1k and bila nak duduk enam orang je jadi mahal la kan kalau sekepala. Bilik belakang nak duduk dua orang macam tak sedap la kecik sikit. So cancel. 

Dan misi cari rumah still diteruskan. Ada yang rumah ok besar tapi kene duduk 13 orang ! Aku tak boleh reramai ceni serabut meriah pun ye tapi masing masing perangai lain lain kan takut dari meriah tu jadi meriuh tarik rambut hihi dan akhirnya rumah yang aku nak sewa ni aku dapat dari kawan atas kawan. Wasap je terus dapat rumah pergi tengok cun ambik. Settled dah. 



Naik sem tiga ni bermula la kehidupan aku dekat rumah sewa. Hahaha wuhuuu tak sabar nak pindah barang jumaat ni.

Selamat berfinal student umt dan degree sekalian ! 

Thank you for reading this :) 


Budak comel baca? Like nak?

Friday 12 June 2015

Jalan Penang & KMPP

Assalamualaikum and hello everyone ! 😀

Akhirnya masuk sekali lagi nak taip entry dalam belog yang kesepian. Hahaha walaupun takde yang menunggu malah membaca entry ku ini namun demi rasa chentaaaa nak menaip ku gagah kan jua. Ok poyo sangat 😅 

Sebenarnya, aku just nak share pengalaman manis aku masa jadi student matrik dulu aka KMPP. Manis sudah lah kan. Pahit-pahit tu lupa lama dah kubur siap sebab manis tu power dia lebih dari pahit hehehe. And. Rasanya tak lambat lagi kot nak ucap tahniah dekat adik-adik baru yang nak masuk matrik ni, ke awal lagi nak ucap? Sebab hakak hengkorang ni dah tak mahir dah date intake baru ni. Tak huptodate katako. Btw, tahniah !! Matrik ke asasi ke dip ke stpm ke tahniah hakak ucapkan 🎊 tujuan kita sama, kejar ilmu. Kejar ilmu dunia tapi akhirat pun kene extra kejar pecut road run ok. Peringatan untuk aku jugak kekekeke.

Ok basically, aku more on Penang lah ye. Sebab aku study matrik sana. Matrik tepi sawah tuuuu dalam bilik ayaq banyak charlie tuuuu matrik tua tuuuu hahaha. Ya Allah adik-adik, even matrik kita (yang freshie kmpp) ni antara tertua la jugak tapi matrik ni the best tau. Eh the best dari segi nak jalan keluar lah. Akademik ni jemah tak tahu the best ke idok kikiki

Nanti korang adik-adik ni jangan lupa ajak kawan satu praktikum jalan taw sebab banyak sangat tempat boleh pergi dekat penang ni. I mean korang jalan masuk pulau lah eh. Takat pergi kailan ke sunway ke aeon ke (dengar cite dah tutup tak tau sohih ke tidak) tak main lah. Eh kira rare la tu tengok wayang makan kfc pusing la satu hotel seri malaysia haha ini siapa otai kmpp dia faham lah wuhuuu 😂

Sebab apa taw adik-adik, bila lagi nak keluar jalan dengan kawan. Tapi plis make sure kawan baik-baik nah. Jangan dok gatai nak berkelai sesama praktikum. Tu jadi tak syok nak belajar. And bila kau keluar jalan-jalan kau akan rindu that moment la wa cakap luuu. Macam aku sekarang. Missed gileh weh ! Nangih tekup bantai. 

Ni antara gambar kasar yang aku nak show off kami pergi jalan satu kelas. Aku plan. Yes aku plan. Aku cari kereta sewa. Tiga bijik. Satu kereta lagi member aku cari. Empat bijik total up. Konvoi kereta. Before nak pergi ni pun aku dengan member lagi sorang, nad present after kelas tentatif program hahahaha berhemah sangat. Unplanned vacation is the best (aku pergi tambun tanpa dirancang awal and it was fun ) tapi ni nak gerak ramai. No borang kebenaran mak pak. Kene teliti betul kau tahu. Btw, tak susah pun. Kau cari kereta sewa kau boleh jalan dengan senangnya. Drive safe ye 😘


Ok benda wajib korang kene pergi, benda?? Foineee tempat wajib kene pergi mesti lah Bukit Bendera hahaha sebab apa wajib, sebab tiket dia murah sesuai dengan student matrik yang dapat elaun rm250 sebulan. Harga tiket student tak salah aku rm4 dua hala. Eh pa cita dua hala? Citenya ceni hengkorang nak hiking pun takde hal tapi kekgi jadi trip seminggu pulak. So naik lah train. Train macam cable car version panjang. Nama pun train. Ingat masa nak berurusan dekat kaunter tiket tu tunjuk ekau punya kad matrik/student sebab rege tiket dewasa rm10 dua hala. Kau jimat ke tak jimat? 

Apa ek ada dekat penang hill tu? Panaroma nan indah. Sejuk. Ada hewan la kau boleh tengok tetiba. In case hewan ni jenis suka buat kita terkejut. Hehe ada part love story hat leleh ayaq mata tu. Alaaa tulis couple nama dekat mangga and lock it. Banyak dah. Nanti rajin try cari nama aku ok lol 

 

Ni malam pertama kami vacay. Pergi makan pasembor dekat Padang Kota lama. Ni bandar dah. Jalan-jalan yang one way yang kau kene sabar nak cari parking. Situ ada mall tapi aku tak ingat la namanya. Sebab bawah dia macam ala-ala pub terbuka gituhh. Mat minah oversea je ramai. Tapi tidak dekat area nak makan pasembor ni. Kira area nak makan pasembor ni macam foodcourt. Dekat padang kota ni femes dengan pasembor je lah. Tapi aku tak try sebab aku lapar nasik so aku tak tahu nak kasi rate bintang berapa. Budak laki je makan. And for sure kalau tanya jejaka ni semua benda dia rasa sedap. 


Ni adalah sarapan kami esok paginya tu. Transfer road penang. Makan roti bakar telur perghh masyaAllah sedap sangat. Jilat jari jilat sudu jilat bibir sebab tak cukup. Aku taktau harga dia taw tapi insyaAllah affordable la kan. Kami makan ramai-ramai so bayar pun ramai-ramai. Belakang stall roti bakar tu ada roti canai. Ni regenya rm6.00 hahaha roti canai je weh tempat pun macam lorong petaling street ja tapi mahai ! Ok husnuzon adik-adik. Tak mahai sebenarnya, berpatutan sebab ada ayam. Ekau boleh pilih nak ayam ka daging. Ayam je ada masa kami sampai. Daging habih. Ayam pulak besar lengan k. Peace.

Sebenarnya banyak weh tempat menarik kau boleh pergi. Waktu ni kami pergi 3D museum. Harga student rm15. And femes sebab nak bergambarlah kan. Pastu post dekat insta dan sebagainya. Ada satu kereta pergi makan nasi kandar kapitan. Pun femes jugak tu. Tapi aku tak pernah pergi lagi wuuuuu sadis ah ceni. Hahaha

Antara tempat yang aku dah pergi and seronok terkinja-kinja :
- Taman rama-rama (harga tiket dewasa rm15) aku seriau part masuk je taman ni memang penuh dengan rama-rama sampai atas kepala aku pun ada 😂 

- Taman Rimba (sebelah taman rama-rama) free je ni. Macam sungai tapi air yang ditakung boleh mandi and ada ikan kecik teman kau. Ada yang dalam ok. So hati-hati kalau tak kau mandi je dekat tempat bayi tu. Ada gelongsor siap. 

- Penang Bird Park (harga tiket dewasa rm15) ni dekat depan sunway tau bukan dekat pulau. So ada masa pergi lah. Memang dia kata bird park kan tapi buaya ulor semua ada. Macam zoo dah. Hahaha 

-Penang Art Steet (free) cuma kau kene berjalan kaki la nak cari mural gambar kan. Taknak jalan takpe basikal ada. Sewa. Berlambak kedai basikal. Penat panas ok ais kepal ada. Ais kepal 70's paling femes. Rasa biasa je. Cuma orang sekarang kan nak try benda baru hahaha.

Ok tempat lain pun banyak lah weh. Huihh lap peluh di jemari. Hahaha korang jangan lupa pergi Escape ok. Ni aku tak sempat masuk. Sebab harga tiket dia rm60 or lebih. Untuk orang suka cabar diri masuk hutan no problem lah. Memang fun and aku panas je siapa yang pergi pastu cita dekat aku walhal aku yang tanya syok tak. 

Pergi la nak ngadap laut main air di pinggiran, Pantai Batu Feringghi. Air laut dia boleh tahan dalam ok. Jerlus. Aku sempat naik banana boat dengan member aku. Sekepala rm10. Naik tujuh wanita gagah. Tiga pat kali dia jatuh kan kami sampai anak tudung aku tanggal and abang bot tu yang selamat kan anak tudung aku tu. Yela dah dok menari dalam air. Area situ ada theme park baru bukak. Dia buat game atas air laut. Bukan game la. Macam kolam tapi kolam tu laut. Haa faham tak? Ni iolss tak sempat masuk juga.

Jangan lupa set calendar setiap bulan 12 ada Pesta Penang. Masa ni kau pakai duit banyak. Nak main game kene beli token. Game kau seram, lagi mahal la rege tiket. Aku ni sempat naik dua benda. Boleh tahan seram. Digantung terbaliknya kepala gua game tu dengan yang pusing-pusing tapi tinggi weh (bukan hat buai tu nah). Tobat aku tak main dah hahaha kecut weh kecut. 

Kalau ada lagi tempat menarik pun maybe aku missed lah kan. Rumah P.Ramlee. blablablabla yang penting try teroka tempat kau study tu. Cari pengalaman tempat baru and yang penting personal safety 💪 faham?




 Ok lah. Itu saje entry panjang aku harini hahaha. Kmpp tetap di hati ambo. Rindu blok B4 (kompel siti mariam) rindu kafe B (kafe diberi nama A B C based on asrama). Kafe B ni la aku belajar makan sambal terung. Kafe A pun aku rindu kungfu tomyam dia. Entah wujud lagi ke tidak. Rindu astaka. Aku pernah lepak sana sekali je kahkahkah rindu koop (koperasi) aku selalu beli sagu susu dekat situ ohhh missed ! Rindu tasik kmpp. Hari last deka matrik aku follow budak kelas aku pergi ngail ikan. Habih sumbing lepaskan balik. Kejam.

Rindu surau an-nur tempat aku tidur masa rehat sejam tempat aku join jemaah maghrib isyak. Gigih jalan pakai telekong dari kompel ke surau. Rindu solat terawih dekat dataran. Suka jeling crush solat. Nampak hensem pakai baju melayu. Bhaahahahhahahahaha rindu roti canai kafe D (kafe D celah mana? Celah bilik kuliah) rindu puan jamaliah (the most most most garang cikgu la aku pernah jumpa). Rindu mesin atm bsn. Kene beratur panjang sebab satu mesin je ada. Kalau rosak, kene redho dan bersabar. Rindu musim bunga sakura. Ni trend orang nak ambik gambar. And..

Aku rindu kau, KMPP.

Moga kau terus gah and lahirkan pelajar yang bijak dunia akhirat. Moga terus kekal jadi kolej yang aku rindui.

Thank you :)
Budak comel baca? Like nak?

Monday 20 October 2014

Long time no see

Assalamualaikum !

Ok let my self sendiri yang jawab Waalaikumusalam~ sebab apa? sebab berkurun lamanya tak menjenguk blog sendiri apatah lagi nak menaipnya. Dekat setahun lebih kot, Setahun lebih ! Last update blog pasal KMPP. Tu pun ayat hihihi tunggang langgang kekanak sampaikan diri sendiri pun malu nak baca. Tapi serius zaman la ni mana ada dah orang nak baca blog sangat. Majoritinya semua dah lupakan blog and beralih arah ke laman sosial yang lebih maju macam instagram. Mau taknya? Senang. Upload gambar caption selesai :) Kira lagi mudah gituhhhh. Dengan berlambaknya orang menjual produk memasing guna insta maknanya memang terlajak mudah dah maka blog ni makin dilupakan.

Alhamdullilah so far, aku sendiri jejak jugak masuk dalam blog ni lepas dah setahun tinggalkan *nangis belakang pintu. Selama mana aku tinggalkan blog banyak gilehhhhh kenangan yang sepatutnya aku boleh publish tapi sebab pemalas tu lebih dari rajin jadi haprak pun tadaaaa nak menaip entry berjela-jela. Cuma, aku simpan kenangan yang manis tu dalam memory hati aku ececececehhh. Thank you penang !! Rindu penang dah T_T

 Hah jadi sekarang aku buat apa lepas dah habis belajar kat KMPP tu? Sekarang sambung belajar la, alih arah bawak diri pergi pantai timur pulak :) Official degree student pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti di UMT !! Yeayyyyy dek non dah jadi pelajar u alhamdulillah ! Masa hari result upu keluar nervous dia kemain hebat takut tak dapat masuk u takut punahkan harapan orang tersayang tapi bila ditawarkan masuk umt syukur panjang aku sampai nikmatnya rasa syukur tak boleh nak describe dengan perkataan. Aku lemah sains sebenarnya, honestly. Tapi bila aku dah boleh adapt dengan persekitaran umt ni dengan subjek yang ditawarkan, waalahi aku jatuh cinta. Dengan kawan-kawan yang ngam masuk kepala. Jadi even masa awal-awal aku macam takut-takut tapi aku try and yessssss seronok sangat course ni and tak boring ! pasal environmnet kan plant animal. Kita explore benda yang nature apa tak seronoknya :)

UMT ok. Aku boleh bagi 9/10 grade sebab u ni still baru tak besar kecik je yang penting banyak facilities. Kalau asrama, tak lengkap pun macam kat rumah tapi ni baru boleh mengajar kita erti independent kan? especially buat orang yang study kat matrik bilik superb besar walaupun share empat orang still ada ruang privacy sendiri almari pun macam kat rumah dah tapi masuk asrama u tak semua bilik besar, kongsi empat orang katil double decker ruang kena share loker separuh dari almari zaman matrik dulu tapi tolong yeeee, nak tuntut ilmu jangan berkira tempat. Terima dengan seadanya :)

UMT ni jugak sangat lah dekat dengan pantai. Jalan kaki seminit belakang asrama dah sampai pantai. Biasa budak first year macam aku je lepak kat sana tiap petang hahaha jakun jarang jumpa laut ! Nak ke bandar jalan-jalan tepi asrama ada kemudahan sewa kereta dah. Kiri kanan depan belakang gerai pagi petang ada makanan. Tak perlu risau dah :) Nanti next entry update banyak lagi pasal umt ok. Tiga tahun aku kat bumi terengganu ni mesti banyak kot cerita hihihi
Budak comel baca? Like nak?