Sunday 21 June 2015

Rumah Sewa UMT

Assallamualaikum and hello !πŸ™‹

Ok memula rasa macam nak lah puji diri sendiri sebab makin lama makin rajin nak jenguk blog nak menyenamkan jari menaip cerita baru tak baru hehe ok puji rajin sikit, kipidab ! Moga diri ni terus rajin nak share sesuatu guna tak guna buat semua (macam biasa even takde) kekeke. Btw, selamat menyambut puasa wahai saudara seislam ku 😊 harap ramadhan kali ni lebih bermakna k. Peace ✌

Sebenarnya aku saje nak share cerita pasal pengalaman cari rumah sewa ni. Rumah sewa untuk student macam aku ah. Ni kira pengalaman pertama sebelum ni masa sekolah pernah la cerita jemah deknon tu "cane ek duduk rumah sewa nanti?" Pastu pumpampumpam cita nak masak lah nak duduk dengan bestfriend sejati masa sekolah lah hakikatnya? Kita duduk dengan bestfriend sejati baru kenai masa dah ngaji kat u ni haaa hahaha

Pengalaman aku ceni. Aku baru tahun satu sem dua. Kira nak duduk rumah sewa tahun dua sem tiga, eh faham idok? Tapi nak dijadikan cerita aku cari masa sem dua ni lah. Awal sem dua. Kira sem dua baru je start takde tanda nak habis lagi even sampai lani (tengah final exam sekarang) aku dah gigih cari rumah sewa. Tudiaa excited kan aku kahkah aku rasa teruja macam perasaan bakal memiliki rumah sendiri yang duduk dengan laki. I mean suami k. Tapi ni version duduk dengan kawan la kan haha

At first tu aku cari dekat web portal umt je. Biasa semua u centu. Dia bagi list bebanyak owner rumah yang nak disewakan sekali number nak contact and facilities rumah tu. Kalau aku, aku nak rumah yang..

-dekat dengan umt (sonang den nak pergi sekolah) sebab discussion ke meeting group ke even kelas pun ada sampai malam. Thats why la aku nak dekat kan. Takyah naik kapai terbang pi ngaji. Over.
-bersih (sodap mato mandang eh)
-ada katil, mesin basuh, peti ais, tv, dapur (ni macam nak kata Fully Furnished lah) hahaha
-jamban duduk
-ada laman (sebab aku nak tanam bendi, cili, serai, pandan)

And tadaaaaa..!!!


Bersih kan? Ada jamban duduk kan? Peti ais mesin basuh? Yeay yeay yeayyyyyy hahahahaha tapi takde laman tak boleh tanam sayur. Sebab tanah dia macam berbatu sikit. Takde tv. Tapi tv aku nak bawak dari rumah aku nak layan drama nak layan abpbh cerekarama sinetron semua. Pastu taktau ah masa bila nak study hehehe 

Ok aku start pengalaman cari tu eh. Kemain panjang mukadimah. Sambung pasal list yang portal providekan tu, try call hampir semua memang dah ada orang. Eh tak aku rasa semua ! Waktu tu aku rasa macam payahnya nak cari rumah sambil tumbuk dada cehhh drama sangat. Tetiba idea nak cari dekat mudah pulak sebab time tu aku tengah survey kereta (bajet kaya je nak beli kereta) dekat mudah ni ha. Aku try short list kan mana yang dekat area umt ni. Try call and pergi tengok rumah. Ni pencarian usaha sama aku, roomate aku dengan bakal housemate aku. Maka bermula la perjalanan misi cari rumah. Sesambil jalan kalau nampak rumah yang ada tampal nak sewa pun kitorang laju je call. 

First rumah, dekat belakang mcd area kampung. Aku panggil rumah ni rumah pakcik petir. Sebab aku imagine kan rumah pakcik ni ada petir bila aku usha dari luar. Rumah kayu campur batu. Hat bawah batu hat tu lah nak disewakan. Kayu atas ada senior sewa dah. Ok je rumah ye. Tiga bilik katil sorang satu siap almari. Jamban satu (cangkung) bilik air besar satu (kampung kan bilik mandi besaq). Complete tapi sebab kawan aku ni la kata dia macam tak dapat bayangkan je kalau dia tidur dekat rumah tu. Kiri kanan semak. Sink ngadap pokok mangga redup je. Dia nak kata seram la. Aku memang cakap dah aku usha dari luar pun macam berpetir rumah tu tapi ok je. So kami decide cari rumah lain.

Second rumah ni jauh sikit. Area taman. Kene ada kereta. Usha luar ok nice. Cantik ! Tapi owner dia masyaAllah kereknya 😒 sebab dia tak sangka yang nak sewa tu student. Kira owner ni macam anggap student tak pandai jaga rumah. Sepah. Takut kabinet mahal dia dikutilnya. Dia just cakap kalau ada rezeki awak nak dapat rumah ni ada lah. Tapi aku nekad dah takdapat pun takpe wa rela tidur rumah pakcik petir kekeke 

Pastu next rumah ni sangat complete. Aku dengan budak lain memang suka gileh weh rumah ni. Macam masuk kau bawak badan je. Dengan baju la sekali haha jamban duduk ado jamban cangkung ado tv ado sofa ada meja makan ada lengkap sangat siap berlaman lagi. Rumah corner lot. Tapi sewanya 1k and bila nak duduk enam orang je jadi mahal la kan kalau sekepala. Bilik belakang nak duduk dua orang macam tak sedap la kecik sikit. So cancel. 

Dan misi cari rumah still diteruskan. Ada yang rumah ok besar tapi kene duduk 13 orang ! Aku tak boleh reramai ceni serabut meriah pun ye tapi masing masing perangai lain lain kan takut dari meriah tu jadi meriuh tarik rambut hihi dan akhirnya rumah yang aku nak sewa ni aku dapat dari kawan atas kawan. Wasap je terus dapat rumah pergi tengok cun ambik. Settled dah. 



Naik sem tiga ni bermula la kehidupan aku dekat rumah sewa. Hahaha wuhuuu tak sabar nak pindah barang jumaat ni.

Selamat berfinal student umt dan degree sekalian ! 

Thank you for reading this :) 


Budak comel baca? Like nak?

1 comment:

Budak comel komen saya :)