Wednesday 12 August 2015

Tips Masuk UMT

Assalamualaikum and hello everyone 😊

Hello adik-adik and geng yang sama umur (matrik 2 tahun or stpm) 😄 tahniah sebab dah lega jantung berombak bagai after result upu dah keluar. Tahniah mana yang dah dapek tempat dalam u tu. Bangga mak pak. Mana yang tak dapek tu dont worry be happy ada rezeki lain. Intake kedua ke or mintak la memana. Allah itu tahu mana yang terbaik untuk semua. Jangan nangis tekup bantai. Nangih sikit-sikit ja nah. Lately ni, Hakak engko ni bulat mata tengok berderet-deret orang tulih #tipsmasuku tapi hakak engko ni macam ada semangat berkobar-kobar nak kasi tips masuk u jugak..umt hehehe tahniah ye mana yang dapek umt tu. Kita geng 👊

Dulu hakak engko ni masa dapat result upu tu tengah kerja. Waktu tu jadi part time jaga koperasi sekolah. Cek result dekat sekolah (bawak laptop tengok drama korea masa kerja) masa ni perasaannya weh debar hebat sangat takut tak dapat masuk u kan. Udahla matrik tough ramai pulak orang pandai dekat luar nun dia punya debar macam over kot. Cek dapat umt eh terus sujud syukur macam cerita ayat-ayat cinta dalam penjara. Kau nampak tak debar dia cane bila dah lega sampai tak pandang dah kiri kanan debu lantai seperti karpet !

Tips hakak engko nak bagi ni general tau kira idok le spesifik by course bagai. Kira ni tips jadi pelajar u yang baik plus biol sikit wuhuuu. Engko dah dapat umt ni engko kene ready fizikal mental. Jauh nun disana. Pantai timur. Pantai kan. Maka engko kene adapt dengan cuacanya lah. Of course la kan freshie ni dia gigih google tempat "umt" "bilik asrama umt" "tempat menarik di terengganu" dan mana yang mereka rasa curious gileh maka berduyun la keluar gambar dan maklumat tu semua. So engko google je kalau nak tengok gambo. Ke hakak engko ni je yang ada perangai ni kahkah

Umt ni ada trademark. Terokaan seluas lautan. Laut. Pantai. Hakak engko dah sebut tadi. Jadi penyelidikan dekat umt ni lebih banyak ke laut la. Bukan maksud ke laut tu tak jadi hape tau kekeke so sini sangat la panas sebab dekat laut. Panas yang haih. Hmm. Panas sangat lah. #tips1 please pakai sunblock and pakai payung hahaha payung tu all the time kene ada bawak. Nak nak engko masuk time dekat musim tengkujuh, memang hujan je lah. Kasut masa hujan pun engko tukaq pakai crocs je selipar ni pun ada je yang pakai tapi tengok lecturer ah. Kalau tak heran dorang buat donno jeh. Yang hat pakai sunblock tu sebab muka engko akan berbelang. Dua tone. Kadang tak lut jugak. Kalau nak gelap tu memang kene redha dan bertabah lah. Hakak engko ni gelap dari kecil. Maka dah bertabah lama dah cuma bila angin tak betui tu jap jap eeee belang dah mukaaaa. Tu yang pakai payung pergi kelas hahaha

Pastu kan mana yang dapat course sains ke apa ke yang engko rasa engko ada lab. Engko #tips2 bawak la lab coat sesiap. Yang matrik punya je engko rembat. Kalau takde beli ah baru dekat umt rm45-50 jugak. Pakai yang lama dah saving dekat situ. Nanti engko boleh tengok kawan baru engko matrik mana dulu. Terjadi la jejak kasih satu matrik tapi tak bersua takpun bersua tapi centu centu je lah.

#tips3 ni engko kene redha banyak. Mungkin masa engko matrik bilik luas even duduk empat orang. Ada ruang sendiri. Tapi dekat umt ni bilik engko padat. Kecil. Katil double decker. Engko kene bersyukur tau. Jangan mengomel. Ni cabaran. Macam hakak engko ni jenis tak kisah. Bilik kecil pun mampu tidur ternganga hehehe wardrobe dia kurus sangat. Engko kene pandai pilih barang mana yang wajib bawak. Masa pack tu kau rasa semua penting tapi bila dah sampai nak kemas balik naik tahun dua engko nyesal bawak barang satu lori. Mungkin dua lori. Tiga..

Ni persoalan yang hakak engko baca dekat group umt. Boleh ke tukar u? No problem. Boleh tukar. #tips4 engko kene berurusan dengan pihak u la. Masuk sama macam second intake masuk. Kene bersebab yang munasabah lah. Kesihatan contohnya. Dapat la tukar. Ni based on hakak engko punya kawan yang alami. Tapi kalau tak bersebab nak tukar dari umt ke u lain sebab umt tak femes umt kecik umt tu umt ni hakak engko rasa kiciwa la tahu kiciwa kan haaa sebab u ni semua ada kelebihan masing-masing. Engko kene masuk dan teroka. Mana yang kurang tanggungjawab kita semua untuk tambahkan. Bersyukur dapat u mana pun. Tujuan satu belajar sampai pandai.

Umt ni femes apa. Femes dengan jalan biawak. Setiap hari untuk yang freshie jalan ni la yang engko akak lalu setiap hari. Ada rezeki jumpa lah biawak tapi rezeki ni memang tak kan putus punya. #tips5 kau nampak je biawak kau buat bodo je. Memula tu kau teruja nok haremmm akhir tu engko lali sangat dah. Macam by pass je sebelah dia.

#tips6 ni tips facilities. Bank kedai makan kereta sewa blablabla (yang general) . Bank dekat umt ni cimb je. Ptptn engko pun masuk cimb so buat acc cimb. Machine keluar duit tu ada dua cimb dengan maybank. Engko kene tabah jugak sebab nak ambik duit pun kene beratur panjang. Kedai makan dekat belakang asrama berderet. Engko pilih je. Sodap tak sodap lain cite. Kereta sewa deret-deret kedai sebelah kedai makan yang bebanyak tu. Sewa pergi la jalan teroka terengganu pulak. Hakak senior engko pun ada buat servis sewa kereta nanti dorang tampal dekat board asrama engko ambik number ok.

Lepas tu boleh ke engko tukar course? Boleh. #tips7 jumpa dekan. Pointer kene 3.00 ke atas. Ada paham? Kenkadang engko pikir course tu susah tak minat dan takde peluang kerjaya. Please. Allah kan dah tetap kan rezeki untuk kita. Susah tu kan cabaran. Minat boleh tanam. Kerja boleh cari.

Apa pun tips ke pengalaman masuk u ke yang engko duduk gigih baca tu semua engko akan alami sendiri bila dah sampai harinya. Kira engko akan merasa jugak orientasi tu sampai la engko jadi senior and share pulak pengalaman engko. Selamat memasuki umt ! 👏

Thank you :)


Budak comel baca? Like nak?

1 comment:

Budak comel komen saya :)